Renungan kita Bersama

"Dan Kehidupan
dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu, sungguh
lebih baik bagi orang - orang yang bertakwa. tidakkah kamu
mengerti?"


Thursday, January 28, 2010

Beginikah yang sepatutunya?

28 Januari 2010


Siapa punya angkara?
Beginikah politik kampus yang kita harapkan? Golongan yang dianggap celik akalnya sehingga berjaya ke menara gading rupanya ada sedikit cetek pemikirannya dalam mengambil keputusan dan tindakan. Beginilah yang akan berlaku sekiranya nafsu amarah menguasai diri.Buat kali pertamanya PRK kali ini menyaksikan tragedi di mana pintu bilik PMI di nodai dengan kata - kata yang sungguh memalukan lagi menjijikkan.

Secara peribadinya, perkataan ini bukan lah memalukan PMI atau Pro-M itu sendiri, tetapi ia menampakkan pihak yang terlibat ini begitu terdesak untuk menjatuhkan pihak lawannya dan sedikit tidak matang dalam cubaannya menimbulkan provokasi yang mungkin difikirkan dengan cara ini kemenangan akan berpihak kepada 'mereka'. Mungkin dengan tindakan sebegini mereka akan puas, puas dalam menyampaikan apa yang mereka rasakan.

Tetapi, mengapa bilik PMI yang menjadi sasaran 'mereka'pada kali ini? Laporan telah dijalankan. Kita mengharapkan satu tindakan yang sepatutnya dapat diambil dan mereka yang terlibat dengan agenda kotor ini dapat dikenal pasti. Agak memilukan dan merisaukan bilamana golongan cerdik pandai yang bergelar mahasiswa ini sudah terasuh dengan perkara yang tidak sepatutunya mereka lakukan. Universiti bukanlah tempat untuk melahirkan golongan seumpama ini. Masyarakat juga tidaklah mengharapkan golongan ini yang akan memimpin negara untuk  masa akan datang.

Kita perlu sedar dan ingat bahawa pemimpin negara yang akan datang adalah di kalangan anak muda sekarang yang lebih dikenali sebagai mahasiswa. Bagaimana mahasiswa mahu memimpin negara andaikata pemikiran dan tindakannya seolah - olah mereka yang tidak pernah berda di lapangan orang yang cerdik pandai?
Fikir - fikirkan dan refleksi diri.

BERSABARLAH WAHAI DIRI


“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”


Saturday, January 23, 2010

Peringatan Untuk Diri


Cantik! cantik sungguh alam yang dicipta-Nya. Masihkah ada hari esok untuk aku terus merasai dan menikmati keindahan yang telah kau berikan ini Ya Allah? Adakah aku cukup bersedia untuk bertemu dengan mu Ya Allah? Kerdil, lemah dan hina ku rasakan diri ini ya Allah..



Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.


“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari


Zina bermaharajalela
“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”


Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik


Bermaharajalela alat muzik


“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”




Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.


Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”


Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan


Ramai orang soleh meninggal dunia
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”


Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”


Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”


Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”



Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”


Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”


Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”


Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim


Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”


Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”


Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.


Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.


Orang akan melakukan homoseksual.



Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)


Berkurangnya sifat amanah


Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)


Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya


Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya


Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid


Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik


Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya


“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”




“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”

27 November 2009 Jumaat Hari Raya Aidil Adha

18 Desember 2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah

25 Desember 2009 Jumaat Krismas

01 Januari 2010 Jumaat Tahun Baru Masihi

26 Febuari 2010 Jumaat Maulid NABI

02 April 2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus

28 Jun 2010 Jumaat Wesak

05 September 2010 Jumaat Deepavali

10 September 2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri

01 Januari 2010 Jumaat Gerhana Bulan

15 Januari 2010 Jumaat Gerhana Matahari

Semuanya berlaku pada hari Jumaat. Nabi pernah bersabda bahawa kiamat itu akan berlaku pada hari Jumaat. Peringatan demi peringatan telah kau tunjukkan Ya Allah. Gementar seluruh kudrat yang ada tatkala melihat apa yang telah berlaku kini Ya Allah.


 Ku mohon Ya Allah mudah-mudahan diampunkan dosa diri ini, dosa kedua ibu bapaku, dosa ahli keluargaku, dosa sahabat - sahabatku, dosa guru-guruku serta  dosa seluruh umat islam samada yang masih hidup atau yang telah meniggal dunia. Mudah-mudahan   kami semua ditempatkan Mu bersama orang - orang yang  beriman pada-Mu Ya Allah. Redhakan lah islam sebagai agama kami Ya Allah...

Tanggungjawab Bersama



Bersediakah kita semua untuk berhadapan dengan pilihan raya kampus tidak lama lagi? Pastikan kita semua tidak terlepas untuk turut serta mengundi kerana undian kita mempengaruhi keputusan dalam memilih pemimpin yang akan datang. Pilihlah pemimpin yang selayak-layaknya.

'Pemimpin yang berjaya sudah semestinya memiliki ciri-ciri yang istimewa. Mereka ini mampu berfikir dari setiap segi dan bersikap positif. Sewaktu berhadapan dengan sesuatu masalah, pemimpin dapat menggunakan kemahirannya untuk mengatasi rintangan. Seorang pemimpin yang berkaliber tidak akan ditumpaskan oleh masalah yang melanda. Sebaliknya, beliau akan mencari cara dan jalan untuk kembali ke tangga kejayaan'.

Pemimpin yang sukakan cabaran adalah seorang ‘pejuang’ yang akan berjuang demi mencapai matlamat yang diharapkan.  Matlamat yang sebaiknya bukanlah disandarkan kepada dunia semata-mata tetapi lebih mengharapkan keredhaan dari Allah yang Maha Esa. Seorang pemimpin akan mencabar diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih baik. Pemimpin yang baik juga akan  sentiasa mencari jalan untuk mempertingkatkan diri sendiri.



Apa pun matlamat yang diletakkan, pastikan ianya selaras dengan apa yang telah digariskan kerana kita semua akan bertanggungjawab dengan apa yang telah dipertanggungjawabkan.  Ingatlah : 'Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan bertanggungjawab dengan pimpinannya."
(Muttafaqun 'Alaih)

Monday, January 18, 2010

Cakap, amalan gambaran hati


Bersama Mohd.Zawawi Yusoh

Apabila kita lupa Allah, apa saja dibuat dalam hidup serba tak kena. Mereka akan banyak bercakap berkenaan kerja, jenis serta gaji. Orang miskin pula apabila kekurangan belanja akan memikirkan bagaimana untuk mengatasinya. Orang kaya dan berharta sentiasa membayangkan harta dan kekayaannya. Mereka akan bercakap soal projek dan bagaimana mengatur strategi bagi menambah kekayaan.


Seorang pendakwah fikirannya sentiasa berlegar terhadap masalah umat dan cara memperbaiki serta menyampaikannya. Mereka sentiasa berbicara bagaimana dakwahnya boleh sampai ke telinga mereka yang masih tidak dapat menerimanya.

Seorang yang sentiasa hidup memburu nafsu akan mencari kawan sealiran dengan mereka untuk berseronok. Seorang yang sedang bercinta akan suka bercakap dengan kekasihnya hingga ia terbawa-bawa di dalam mimpi disebabkan terlalu banyak mengingatinya.

Apa yang kita cakap dan lakukan selama ini mencerminkan apa yang ada di dalam hati kita. Apa yang diutarakan ini nampak seperti berbelit-belit tetapi sebenarnya yang lebih ditakuti, jika kita terbelit dengan fikiran dan tindakan yang tidak berasaskan ingatan terhadap Allah s.w.t. Kita banyak berfikir terhadap hal keduniaan tetapi kita tidak berapa mengingati kepada yang lebih agung iaitu Allah yang mencipta seluruh kejadian di muka bumi ini. Kita banyak memikirkan ciptaan Allah s.w.t tetapi kita lupa kepada penciptanya.
Kalau kita bercakap pun kurang, apatah lagi amalan kita. Kalau yang kita cakap itu pun belum tentu dibuat, apatah lagi yang tidak bercakap langsung, malah lebih parah terlintas di fikiran pun tidak.

Bayangkan kalau tidak terlintas sedikit pun mahu melaksanakan perintah beribadat, bersyukur, berzikir serta memperjuangkan kalimah Allah. Itulah yang membawa kepada segala gejala. Sebenarnya gejala sosial bermula apabila kita 'bermasalah' dengan Allah.


Pendek kata, punca segala yang tidak kena dengan kehidupan kita apabila kita melupakan Allah s.w.t. Kalau menyebut pun sudah jarang-jarang, bagaimana pula hendak berjuang serta mempertahankannya? Dalam suasana orang kita bercakap polemik kalimah Allah ditulis di gereja, sebahagian kita baru tersentak yang mana satu betul. Masa ini baru hendak ambil pusing nama Allah yang dulunya banyak 'terpusing' dengan putaran dunia. Solat dan zakat serta haji entah ke mana, malah semuanya tidak ke mana. Kita bukan hanya perlu memperjuangkan kalimah Allah s.w.t yang Maha Agung semata-mata tetapi hendak hidup dan mati dengan 'skrip' Allah melalui al-Quran dan hadis.

Apa ertinya kita pertahankan nama Allah tetapi hidup menyusahkan Islam dan membuat fitnah terhadap agama gara-gara perilaku kita.

Sama juga kita bermati-matian mempertahankan identiti seorang mualaf yang mati supaya dikebumikan di kubur orang Islam. Tetapi ketika hidupnya, kita tidak prihatin untuk menyampaikan dakwah dan tidak ambil tahu kehidupan agamanya.

Kita berdoa semoga Allah s.w.t memberi kekuatan serta petunjuk kepada pemimpin dan ulama supaya kita dapat menyelesaikan isu kalimah Allah yang hendak ditulis di gereja ini.



Sebagai penutup bicara, elok kita meneliti di peringkat mana hati dan ingatan kita terhadap Allah s.w.t agar selepas ini, kita lebih prihatin dengan keadaan umat Islam serta hubungan kita dengan Allah s.w.t.
Cuba perhatikan senarai berikut, di mana kedudukan kita?

 1. Hati yang lalai kepada Allah.

2. Hati yang ingat Allah bila susah dan bermasalah.

3. Hati yang asyik dengan Allah.

4. Hati yang makrifat kepada Allah Kedudukan hati di peringkat pertama dan kedua, kita belum selamat dan tidak boleh diharap menjadi penyelamat serta pembela kepada diri, keluarga serta masyarakat. Usahakan semoga kita dapat naik ke peringkat ketiga kerana pada peringkat itu kita mulai selamat dan menyelamat manakala peringkat keempat adalah peringkat pejuang serta pemenang dunia dan akhirat.

Sunday, January 17, 2010

Muhasabah diri


Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini.  kadang - kadang terfikir juga dibenak fikiran apa yang telah diri jalankan sepanjang hidup di dunia ini? Adakah segala amanah dan tanggungjawab yang telah diamanahkan telah diajalankan dengan sebaiknya dan diterima olehNya. Sudah agak lama rasanya diri ini tidak duduk berseorangan untuk bermuhasabah diri. Sementara masih sihat, masih mampu berdiri tegap dan mampu kesana kemari, apatah lagi mampu berfikiran waras serta dapat mengawal emosi yang seringkali berubah-ubah ibarat pantai yang ada pasang surutnya, bermuhasabahlah diri selalu.
Duniawi  penting, syurgawi lagilah penting. Keduanya patut diseimbangkan kerana ianya adalah tanggungjawab kita sebagai manusia yang dimuliakan. Sementara nyawa dikandung badan lakukanlah yang terbaik. semua yang berlaku dalam tempoh hidup kita yakin dan percayalah Allah telah mengaturkannya sebaik mugkin. Sesungguhnya Allah lah yang terbaik dalam mencaturkan kehidupan umat-Nya.


Semakin hari semakin tenang, dan semakin hari semakin banyak ujian yang mendatang. ujian yang mendatang ini ternyata banyak mengajar diri supaya lebih tabah dan sentiasa bersedia menerima walau dalam apa bentuk sekalipun. Nikmat dari-NYA semakin terasa nyata. kehadiran sahabat - sahabat banyak membantuku. jatuh bangunku kini bersama sahabat-sabahat. mudah-mudahan persahabatan kita ini berkekalan kerana-Nya.
Apa pun, ingatlah 'diri'. letakkan kebergantunganmu pada yang Hakiki. kerana Dialah yang lebih memahami diri mu. Kebergantungan sepenuh hati kepada-Nya akan memudahkan perjalanan hidup kita di muka bumi ini. Terutama sekali bagi para da’ei yang sememangnya mempunyai 1001 cabaran , dugaan dan mehnah dalam menyampaikan agama Allah yang dibawa oleh Rasulullah. jangan kita lupa akan 3 tahap dalam mencapai kebergantungan diri sepenuhnya kepada Allah iaitu sabar , ikhlas dan yakin dengan pertolongannya. dan ingatlah 'diri' untuk sentiasa berdoa pad-Nya kerana Doa itu senjata orang mukmin



Doa Dipermudahkan Urusan

اللّÙ‡ُÙ…َّ لا سَÙ‡ْلا Ø¥ِلا Ù…َا جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلا ÙˆَØ£َÙ†ْتَ
تَجْعَÙ„ُ الْØ­َزْÙ†َ Ø¥ِØ°َا Ø´ِيئْتَ سَÙ‡ْلا

“Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya mudah. Dan Engkau dapat jadikan susah itu mudah, apabila Engkau menghendakinya”


Doa Jika Ditimpa Musibah @ Ujian

Ya Allah, jangan Engkau hukum kami andai kami lupa atau tersalah. Ya Allah janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang-orang sebelum kami. Ya Allah, janganlah Engkau pikulkan kami dengan apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir
( Surah Al-Baqarah : 286

Thursday, January 14, 2010

Semakin Aku Berfikir Allah Semakin Ada



Tajuk : Semakin Aku Berfikir Allah Semakin Ada
Penulis : Lalu Mohammad Zaenudin
Diterbitkan oleh : Global Aksara Communication
Halaman : 216 muka surat

‘Semakin aku berfikir Allah semakin ada’ ialah sebuah novel Islamic yang bertindak sebagai inspirasi bagi mereka yang mencari jawapan tentang hakikat kewujudan Tuhan yang mencipta seluruh alam yang nyata. Novel ini sedikit sebanyak mendedahkan pembaca mengenai reality masyarakat saudara seiman kita yang terjerumus ke jurang kesesatan tatkala mencari Hidayah – Nya. Saya tertarik untuk mengulas buku ini kerana saya yakin dan percaya ramai di antara kita yang gemar membaca novel samada novel cinta, thriller dan sebagainya. Namun, berbeza dengan novel – novel yang lain, novel ini mempunyai kelainannya tersendiri. Novel ini bukanlah hanya menceritakan mengenai watak – watak tertentu di dalamnya, tetapi sedikit sebanyak mampu membawa si pembacanya untuk berfikir dan merenung sejauhmana dirinya betul – betul faham akan Islam sebagai cara hidup dan percaya akan kewujudan Tuhan yang mengawal seluruh alam ini.
Novel ini menceritakan mengenai seorang anak muda remaja yang semakin hari semakin taksub dalam mendalami wacana – wacana falsafah sehingga mengakibatkan dirinya yang dahulunya begitu taat dan patuh kepada agama berubah kepada sebaliknya dan terjerumus ke lembah maksiat. Novel Semakin aku berfikir Allah semakin ada ini merungkai mengenai kisah hidup anak muda remaja,Rayyan seorang penuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi yang semakin hari merasakan Tuhan itu tidak pernah wujud dan kehidupannya tidak memerlukan Tuhan sebagai penolong dalam segala hal. Bagi anak muda ini kepercayaan pada Tuhan hanyalah kepercayaan yang merugikan malah dianggap tidak boleh diterima oleh fikiran secara rasionalnya. Dalam mencari ketenangan hidup, Rayyan diuji dengan hadirnya sebuah perasaan cintakan makhluk sehingga dia benar – benar menjadi si pemuja makhluk yang ternyata tidak membawa makna dan sia-sia. Akhirnya segala kedukaan dan kecelaruan di dalam hidup anak muda itu terjawab tatkala Allah mempertemukannya dengan jalan-Nya yang sebenar. ‘Itulah hakikatnya, semakin aku memikirkan hakikat Allah, Allah semakin dekat dalam hatiku. Allah tak akan dapat dinafikan oleh falsafah dan logic apa pun yang selama ini aku agungkan. Sesungguhnya Allah telah sematkan dalam hati setiap manusia dan menghadirkan ketenteraman jiwa yang sangat bening. Sesungguhnya solatku, ibadahku dan matiku hanya untukmu’.

Iluminati dan Juara Lagu....Apa kaitannya?



Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dipenuhi dengan unsur Masonic? Persoalan itu kami tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya selepas membaca dan meneliti gambar-gambar di artikel ini. Mungkin ramai antara kita tidak tahu dan perasan unsur-unsur ini diselitkan sekali pada acara itu. Subliminal Message, ya ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak lari daripada pengaruh Dajal ini.

Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi



Mungkin ramai lelaki yang tidak perasan, yang mereka sendiri pernah memakai sutera. Ya, perkara ini pernah terjadi kepada penulis tanpa disedari. Bagaimana? Tali leher ataupun lebih dikenali sebagai tie yang didakwa oleh bishop pada artikel sebelum ini adalah tanda mereka yang berkhidmat untuk Benedictine Order. Banyak tali leher yang ada di pasaran sebenarnya diperbuat dari sutera dan tidak kurang baju kemeja para korporat. Dan kita memakainya sekaligus membenarkan sabda Rasullulah tentang tanda-tanda kiamat.

Kembali kepada tajuk asal kita. Unsur Masonic di AJL. Sebelum ini telah kami jelaskan tentang peranan artis dalam melaksanakan pelan-pelan Dajal di seluruh dunia. Berikut saya ambil kembali petikan artikel sebelum ini untuk memudahkan anda memahami perkara ini dengan lebih lanjut.

Bagaimana The Elite menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan The Elite berkenaan industri hiburan ini.

1. Kebanyakan rancangan mereka yang melibatkan politik dan ekonomi bergerak di sebalik tabir, contohnya melalui Perjumpaan Rahsia Bilderbergh. Tetapi mereka mempunyai alat yang tidak kurang hebatnya, iaitu Hollywood dan Industri Musik dan melalui inilah mereka dapat menyampaikan mesej-mesej rahsia (subliminal message) mereka kepada penduduk dunia dengan mudah menggunakan 'puppet' mereka ini.

2. Mewujudkan 'The Trend-Makers' seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison, Sex Pistols, Eminem, Curt Cubain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Dan inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu dan kini dengan pelbagai budaya kurang sihat yang diambil dari idol mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan sebagainya adalah dari idol mereka ini.

3. Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi 'puppet' secara tidak mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan sedia ada yang telah ditinggalkan oleh The Elite sebelum ini.

4. Artis yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak sehaluan atau berlawanan tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin diketengahkan itu kerana mereka lah yang mengawal industri ini.

5. Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain, Jimi Hendrix dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program 'Mind Control' seperti MK Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan kesudahannya, saya pasti anda tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.

Kemungkinan artis di Malaysia termasuk di dalam kategori ke 3 iaitu mereka tidak sedar mereka berkhidmat untuk Si Mata Buta ini. Berikut adalah screenshot yang kami ambil dari AJL baru-baru ini. Unfinished Pyramid, All Seeing Eye dan Checkered Floor jelas kelihatan bagi mereka yang peka dengan perkara sebegini.



Mungkin bagi pembaca baru tidak mengetahui apa itu sebenarnya Checkered Floor atau lantai petak putih ini. Di sini saya terangkan serba sedikit apa itu lantai petak putih ini. Lantai ini digunakan oleh Mason-mason (Ahli Freemason) di dalam ritual-ritual mereka. Ini sebagai pertemuan antara 2 alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib. Mereka berhubung dengan syaitan-syaitan melalui lantai ini menggunakan sihir terlarang, Kabbalah. Kabbalah dan Freemason tidak dapat dipisahkan. Warna putih mewakili alam kita dan warna hitam mewakili alam ghaib.

Sumber Utama
http://holywar-efairy.blogspot.com/

Kuasa seorang insan bergelar wanita



"Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia". Itulah pepatah yang hakikatnya semakin dapat kita lihat pada masa kini. Kejadian wanita itu sememangnya amat penting buat kaum adam yang buktinya dapat kita lihat sejak zaman 'umat terdahulu' lagi. Jika tidak, Allah tidak akan menjadikan Siti Hawa daripada tulang rusuk Nabi Adam untuk menemani dan memenuhi rasa kesunyiannya keseorangan di dalam syurga. kehadiran wanita begitu beerti buat mereka yang bergelar lelaki. sesungguhnya, tanpa kehadiran insan yang bergelar wanita tak akan lengkaplah hidup lelaki untuk bergelar suami, ayah, pemimpin dalam rumahtangga dan sunyi jugalah hidupnya tanpa senda gurau dari seorang wanita yang bergelar isteri.

Antara kita sedar atau tidak, golongan wanita ini banyak mempengaruhi kehidupan seorang lelaki. Kuasa yang dimiliki oleh wanita ini sememangnya dapat menjamin jatuh dan bangunnya kehidupan seseorang lelaki itu. Lihat saja kuasa yang dimainkan oleh golongan wanita satu masa lalu. Empayar gah negara yang dibina oleh lelaki dalam sekelip mata sahaja musnah akibat pujuk rayu seorang insan yang bergelar wanita. Nah, besar sungguh kesannya wanita pada lelaki.


'Disebalik kejayaan seorang lelaki, berdiriny seorang wanita'. Percaya atau tidak? Contoh terdekat yang boleh kita lihat ialah Nabi kita Nabi Muhammad saw. Di sebalik baginda, ada Siti Khadijah dan isteri-isteri baginda yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi pahit getir dalam perjuangan untuk menegakkan Agama Allah di muka bumi. Amat besar peranan dan kuasa yang boleh dimainkan wanita. Sabda rasullullah saw : wanita itu tiang negara, jika baik wanita di sesuatu negara, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya. sama-samalah kita fikirkan bersama. Sebagai seorang wanita, gunakanlah kuasa yang ada sebaiknya. Dan yang paling penting, bantulah golongan lelaki terutamanya dalam sama - sama memimpin dunia ini dan berjaya di dunia dan akhirat.