Renungan kita Bersama

"Dan Kehidupan
dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu, sungguh
lebih baik bagi orang - orang yang bertakwa. tidakkah kamu
mengerti?"


Monday, March 15, 2010

KEM JATI DIRI SISWI


KEM JATI DIRI SISWI (KEJASIS)

Hasil daripada KEJASIS ini HEWI PMIUTM mengaharapkan dapat melahirkan siswi-siswi yang mampu mempersiapkan diri dengan segala macam kemahiran yang sememangnya diperlukan oleh kita terutamanya pada masa kini yang berkehendakkan kita tampil dengan penuh kelainan. Dalam membentuk keperibadian siswi terutamanya untuk bergelar seorang muslimah, banyak yang perlu kita lakukan. Percaya dan yakinlah tiap daripada kita memiliki kemahiran dan kelebihannya yang pelbagai. Namun tidak semua daripada kita sedar akan kewujudannya dan kadangkala segala kemahiran dan kelebihan yang kita miliki tidak dapat ditonjolkan mungkin kerana keadaan sekeliling atau kita sendiri selaku siswi tidak mendapat peluang yang sebaiknya. Oleh itu, HEWI PMIUTM tampil dengan program KEJASIS ini sebagai satu ruang untuk membuka seluas peluang yang besar buat semua siswi khususnya dalam menggilap, menggarap dan memperoleh apa yang sepatutnya kita ada dan miliki sebagai persediaan kita untuk masa depan kelak..Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini diberkati dan dirahmati Allah..  

No comments:

Post a Comment