Renungan kita Bersama

"Dan Kehidupan
dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu, sungguh
lebih baik bagi orang - orang yang bertakwa. tidakkah kamu
mengerti?"


Thursday, February 25, 2010

TM HEWI PMIUTM

Jangan lupa sama-sama memeriahkan TM HEWI 2 seperti tarikh dan masa yang telah ditetapkan..

Wednesday, February 24, 2010

salam Maulidur Rasul




Sesungguhnya perjalanan dakwah Baginda tidaklah semudah seperti yang kita bayangkan. Perjuangan dakwah Baginda pada ketika itu memerlukan semangat yang tidak mengenal erti futur dan putus asa. Pengorbanan di jalan Allah merupakan satu cita-cita yang amat diimpi-impikan oleh para sahabat dan muslimin. Begitu besar nikmat dan erti ‘terkorban ‘ pada ketika itu yang tidak dapat kita kecapi pada waktu ini kerana factor-faktor perkauman yang begitu menebal dalam diri-diri setiap orang Islam. Inilah yang perlu dimuhasabahkan oleh semua pemimpin negara-negara Islam untuk menguatkan kembali kesatuan dan kesepaduan umat Islam yang kelihatan gah di zaman pemerintahan Baginda dan para sahabat Radiallahu Anhum Ajmain. Itulah sunnah orang berjuang yang memerlukan kekuatan dari segi jasadiah dan rohaniah untuk mencapai mardhatillah melalui bantuan jua kemenangan yang dikurniakan Allah kerana keimanan dan keyakinan yang utuh kepada-Nya.

Menelusuri sejarah, perjalanan dakwah dan liku-liku perjuangan Baginda yang penuh dengan tribulasi yang tidak mampu untuk kita bayangkan sekadar teori semata-mata.Begitu sukar perjalanan dakwah Baginda dalam mengembangkan ajaran Islam hingga menguasai hampir ke seluruh dunia. Berkat dari sifat-sifat terpuji yang ditunjukkan oleh Baginda menjadi ikutan para sahabat dan kaum muslimin berjuang dan berdakwah memperkembangkan agama di sisi Allah S.W.T sebagaimana yang termaktub di dalam Kalamullah Azza Wa Jalla. Firmannya :

إن الدين عند الله الإسلام ( البقرة : 19 )
Maksudnya : Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah S.W.T itu adalah Islam


Selaku umat Baginda, yang amat cinta dan sayang kepada Rasulullah S.A.W, kita seharusnya menjadikan Baginda sebagai role model dalam menjalani alam kehidupan kita sehari-hari disamping memperbanyakkan pemberian ‘hadiah’ berupa selawat dan salam kepada Baginda . Siapakah lagi yang akan menjadi penyelamat untuk kita dari terjerumus ke dalam neraka Allah S.W.T yang amat pedih melinkan Baginda?
 Bukankah Baginda sahaja yang mampu memberikan syafaatul uzma tidak kepada para Nabi dan Rasul yang lain?
Ketahuilah kita semua bahawa pengorbanan Baginda amat banyak berbanding kita pada hari ini. Keluh kesah yang kita ada pada hari ini hanya sebesar zarah jika dibandingkan dengan Baginda dan para sahabat.
 Jika kita cinta dan sayangkan Baginda, selalulah ingati,ikuti,hayati,teladani dan contohi segala apa yang telah baginda serukan dan ajarkan pada kita sejak dari dulu lagi. 

Tuesday, February 16, 2010

LIMA for All

 
Tetamu muslimat yang hadir

Tetamu muslimin yang hadir

Moga - moga kita akan bersua dan berjumpa semula untuk LIMA yang akan datang. Buat semua sahabat, terima kasih diucapkan.

Thursday, February 11, 2010

selamat bercuti


Selamat bercuti diucapkan buat semua sahabat. 
Bagi yang pulang ke kampung, selamat pulang ke kampung. Manfaatkan  cuti yang agak panjang ini dengan sebaiknya. Jadikan cuti yang agak panjang ini untuk kita mengisi ruang kebahagiaan dan keceriaan buat keluarga khususnya mak ayah yang sudah lama tidak bersama dan bersua muka. Pasti mak ayah banyak cerita yang hendak dicerita dan dikongsi bersama kita. Ingat, tanggungjawab kita bukan hanya mencari imu semata-mata, tetapi membahagiakan ibu bapa juga menjadi tanggungjawab kita yang bergelar sebagai seorang anak.



Walau sesibuk manapun kita, jangan sampai mak dan ayah kita abaikan. Jangan sampai perasaan mereka kita abaikan. 'Mak, Ayah..kakak sibuk sikit minggu ni. Tak dapat balik rumah'. 'Tak apa..Mak tak kisah. Nanti cuti panjang dan lapang balik lah'. Macam tu lah jawapan yang sering mak ayah berikan. Sepenuh kepercayaan telah mereka letakkan.Pastikan kepercayaan yang mereka letakkan pada kita tidak kita hancurkan atau kita khianatinya.

Bagi sahabat yang tidak dapat pulang ke kampung, Kerap-kalilah menghubungi mak ayah di kampung. Tak banyak yang mak ayah harapkan sebenarnya. Cukup sekadar mendengar suara ceria anaknya sudah memadai. Jangan pula kita hubungi mereka bila poket sudah menjadi kering dan perut menyanyi syahdu tanda perlu diisi segera.

Apa pun yang sahabat lakukan, pastikan restu ibu bapa sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita. Ingat sahabat semua..Berjuang, berjuang juga, tanggungjawab kita juga jangan dilupa. Mudah-mudahan kita semua dipermudahkan oleh-Nya..

Wednesday, February 10, 2010

Perjuangan Yang Tak Kenal Erti Sakit dan Lelah


Alhamdulillah. Seinfiniti kesyukuran aku panjatkan padamu YaAllah kerana sehingga ke hari ini aku masih lagi diberikan nikmat kesihatan tubuh badan yang kuat untuk aku terus beribadat padamu yaAllah. Moga-moga, nikmat ini dapatku manfaatkan sebaiknya YaAllah. Jangan kau golongkan aku sebagai hamba yang kufur nikmatmu YaAllah. jangan Kau tarik semula nikmat yang telah kau pinjamkan padaku ini YaAllah.
***_______________***
Melawat orang yang sakit adalah fardu kifayah menurut kebanyakan ulama’.
Sabda Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :-

حق المسلم على المسلم خمس : ردّ السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز ، وإجابة الداعي وتشميت العاطس

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].

Sabda Nabi saw lagi :-

أطعموا الجائع , وعودوا المريض , وفكوا العاني

“Berilah makan kepada mereka yang kelaparan, lawati orang sakit dan bebaskan tahanan”.

Menziarahi pesakit mendatang banyakkan banyak kebaikkan. Sabda Nabi saw :-

إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim #2568].

***_____________***


Masih teringat tiap bait kata - kata Umi pada kami semalam.
Seusai solat asar di atas katil pesakit, langsung Umi pesan :'Solat tu tiang agama. Tak kira kita sakit macam mana,jangan tinggalkan solat. Tak mampu berdiri kita solat duduk, tak mampu duduk kita baring, tak mampu baring kita boleh isyarat mata atau solat ikut kemampuan kita. Betapa cantiknya islam tu.langsung tak membebankan umatnya. macam tu juga wudhu'.
sesudah itu ada sahabiah bertanya :'Umi sihat?Ramai yang datang ziarah Umi?
'Alhamdulillah. Hari ni Umi dah dapat duduk walaupun luka masih terasa. Langsung juga Umi bacakan hadith di atas. sebelum anak-anak datang, Umi tadi sunyi sangat.Umi mengadu pada Allah. Kenapalah manusia ni tak datang melawat orang sakit sedangkan melawat orang sakit tu adalah fardhu kifayah? Mungkin manusia ni tak tahu agaknya.Tapi Allah tu Maha mendengar. Baru tadi Umi mengadu dan merintih, rupanya Allah dengar dan datangkan anak-anak yang ramai hari ni untuk ziarah Umi. Terima kasih Yaallah'.
****_____________***

walaupun saki baki kesakitan dan kepedihan masih terasa di lutut kirinya, Umi tidak henti-henti menasihati dan mengingatkan kami semua akan Allah yang maha agung dan maha berkuasa terhadap segala ciptaannya. kalau tika ini kita masih mampu tersenyum dan bergelak tawa, tak mustahil dalam beberapa minit atau saat nanti kita akan menangis teresak-esak. kalau tika ini kita mampu bernafas dengan amannya, tak mustahil sekejap lagi kita akan kaku,diam dan kejang tidak bernyawa. Semua itu dibawah KuasaNya, tuhan sekalian alam.
***_____________***


ziarah petang itu banyak mengajarku erti menghargai apa yang ada dan manfaatkan apa yang ada dengan sebaiknya terutama dalam mentafsir erti berjuang. seperti Umi: yang sakit hanyalah lutut, tapi mulut masih mampu berkata - kata untuk perkara yang sepatutunya. Yang pedih hanyalah luka namun hati masih dekat dan berpaut padanya. Yang kaku hanyalah sebahagian anggotanya tetapi sebahagiannya masih mampu diguna untuk yang sepatutnya. semuanya untuk apa? semuanya untuk Agama dan pencipta-Nya.

Tuesday, February 2, 2010

Kau ada untukku



Sendiri
Kosong
Asing sekali
Adakah penawar mujarab untuk semua ini?

Sepi
Perasaan itu datang kembali
Kenapa?
Mengapa?
Siapa?
Tiada jawapan untuk persoalan itu
Dikala aku rebah hendak tersungkur
 Kau datang memberi bantuan
Dikala aku sepi tiada berteman
 Kau hadir untuk menemaniku

Sedar
Kini ku sedar
Kau tak pernah lupakan ku
Juga tak pernah lari dariku 

Malu
Sendirianku malu
Betapa kau hampir padaku
Betapa kau sayang padaku
Tapi aku?
Ku mohon
Jangan Kau pernah tinggalkan ku
Kernaku tak mampu berdiri tanpa Kau disisiku..