Renungan kita Bersama

"Dan Kehidupan
dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu, sungguh
lebih baik bagi orang - orang yang bertakwa. tidakkah kamu
mengerti?"


Wednesday, February 10, 2010

Perjuangan Yang Tak Kenal Erti Sakit dan Lelah


Alhamdulillah. Seinfiniti kesyukuran aku panjatkan padamu YaAllah kerana sehingga ke hari ini aku masih lagi diberikan nikmat kesihatan tubuh badan yang kuat untuk aku terus beribadat padamu yaAllah. Moga-moga, nikmat ini dapatku manfaatkan sebaiknya YaAllah. Jangan kau golongkan aku sebagai hamba yang kufur nikmatmu YaAllah. jangan Kau tarik semula nikmat yang telah kau pinjamkan padaku ini YaAllah.
***_______________***
Melawat orang yang sakit adalah fardu kifayah menurut kebanyakan ulama’.
Sabda Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :-

حق المسلم على المسلم خمس : ردّ السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز ، وإجابة الداعي وتشميت العاطس

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].

Sabda Nabi saw lagi :-

أطعموا الجائع , وعودوا المريض , وفكوا العاني

“Berilah makan kepada mereka yang kelaparan, lawati orang sakit dan bebaskan tahanan”.

Menziarahi pesakit mendatang banyakkan banyak kebaikkan. Sabda Nabi saw :-

إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim #2568].

***_____________***


Masih teringat tiap bait kata - kata Umi pada kami semalam.
Seusai solat asar di atas katil pesakit, langsung Umi pesan :'Solat tu tiang agama. Tak kira kita sakit macam mana,jangan tinggalkan solat. Tak mampu berdiri kita solat duduk, tak mampu duduk kita baring, tak mampu baring kita boleh isyarat mata atau solat ikut kemampuan kita. Betapa cantiknya islam tu.langsung tak membebankan umatnya. macam tu juga wudhu'.
sesudah itu ada sahabiah bertanya :'Umi sihat?Ramai yang datang ziarah Umi?
'Alhamdulillah. Hari ni Umi dah dapat duduk walaupun luka masih terasa. Langsung juga Umi bacakan hadith di atas. sebelum anak-anak datang, Umi tadi sunyi sangat.Umi mengadu pada Allah. Kenapalah manusia ni tak datang melawat orang sakit sedangkan melawat orang sakit tu adalah fardhu kifayah? Mungkin manusia ni tak tahu agaknya.Tapi Allah tu Maha mendengar. Baru tadi Umi mengadu dan merintih, rupanya Allah dengar dan datangkan anak-anak yang ramai hari ni untuk ziarah Umi. Terima kasih Yaallah'.
****_____________***

walaupun saki baki kesakitan dan kepedihan masih terasa di lutut kirinya, Umi tidak henti-henti menasihati dan mengingatkan kami semua akan Allah yang maha agung dan maha berkuasa terhadap segala ciptaannya. kalau tika ini kita masih mampu tersenyum dan bergelak tawa, tak mustahil dalam beberapa minit atau saat nanti kita akan menangis teresak-esak. kalau tika ini kita mampu bernafas dengan amannya, tak mustahil sekejap lagi kita akan kaku,diam dan kejang tidak bernyawa. Semua itu dibawah KuasaNya, tuhan sekalian alam.
***_____________***


ziarah petang itu banyak mengajarku erti menghargai apa yang ada dan manfaatkan apa yang ada dengan sebaiknya terutama dalam mentafsir erti berjuang. seperti Umi: yang sakit hanyalah lutut, tapi mulut masih mampu berkata - kata untuk perkara yang sepatutunya. Yang pedih hanyalah luka namun hati masih dekat dan berpaut padanya. Yang kaku hanyalah sebahagian anggotanya tetapi sebahagiannya masih mampu diguna untuk yang sepatutnya. semuanya untuk apa? semuanya untuk Agama dan pencipta-Nya.

No comments:

Post a Comment