Renungan kita Bersama

"Dan Kehidupan
dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu, sungguh
lebih baik bagi orang - orang yang bertakwa. tidakkah kamu
mengerti?"


Thursday, May 27, 2010

Perutusan Raja Sehari










Ukhti Syifa' & akh Syed
5 Jun 2012



Akh Zakiri & Ukht Zahidah
6 Jun 2010











Ukht Nor Aisah & Akh Muhaimin
19 Jun 2010











Ukht Bahiyah & Akh Nazir
26 Jun 2010




















K.ira & Lan
13 Jun 2010











Liza & Roslan
   14 Jun 2010


Allah swt menciptakan manusia ini secra berpasang-pasangan. Bermula daripda suami dan isteri, kemudian diteruskan dengan zuriat yang berterusan dan berpanjangan sehingga ke hari kiamat. Sesungguhnya Alah telah menentukan jodoh buat manusia dan manusia hendaklah berusaha mendapatkan jodohnya supaya kehidupannya berkekalan dalam kebaikan. Sedarlah kita bahawa perkahwinan yang berpaandukan syariat Islam akan mendatangkan sejuta manfaat yang begitu esar buat manusia dalam meneruskan kehidupan di dunia ini dengan aman dan selamat iaitu jauh dari perbuatan zina,dosa dan sebagainya. Didoakan agar pasangan-pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan dan secara automatiknya menamatkan siri zaman bujangnya diberkati dan sentiasa dilimpah rahmat ke atas keluarga yang akan dibina kelak. Kepada pasangan yang bakal menyusul juga di doakan agar Allah memudahkan urusan anda semua.

Ya Allah
Berikanlah pasangan - pasangan ini rezeki yang luas 
Penuhilah masjid - masjid mereka dengan makmum-makmum yang soleh dan solehah
Serta Kau berikanlah juga mereka ketenangan, kebahagiaan serta keberkatan di dunia dan akhirat
Amin Ya Rabbal 'Alamin


Monday, May 17, 2010

Jagalah 'Raja'mu sebaiknya

"Hati itu ibarat Raja. Segala perintah yang diarahkannya harus dilaksana oleh anggota tubuh si manusia. Andai ia tidak dijaga, rosaklah ia dan binasalah si manusia"

 

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan dagingnya yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tiap dari kita sememangnya menginginkan hati yang bersih dan suci. Hal ini kerana hasil dari hati yang bersih dan suci pastinya akan menghasilkan sifat tuannya yang terpuji, bebas dari sifat keji lagi tercela. Hati yang bersih dan baik  ini akan memberi arahan kepada tuannya agar sentiasa berbuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan. Maka, beruntunglah bagi sesiapa yang berjaya memiliki hati yang berunsur baik kerana dia bukan sahaja akan menjadi orang yang taat dan beriman, malah mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji. Tetapi agak malang jika hati yang berunsur jahat menguasai diri seseorang kerana ianya hanya akan mengakibatkan seseorang itu menjadi kufur dan derhaka kepada Allah serta memepunyai akhlak yang keji.

Kenali Jenis - jenis hati

 


Qalbun Sahih - Hati Suci. Hati jenis ini adalah hati yang bersih, sihat dan bebas daripada segala gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah dan larangan Allah s.w.t. Orang yang memiliki hati suci ini akan terselamat daripada mengambil hukum yang betentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul. Sekiranya mereka membenci, maka benci itu hanya kerana Allah. Begitu juga dengan mencintai. Cinta itu hanya kerana Allah. Jika kita hendak tergolong dalam jenis hati suci ini, kita perlulah menjadikan Rasullullah sebagai teladan dalam hidup kita. Segala apa yang kita lakukan dalam urusan seharian kita adalah berpandukan kepada sunnah Rasullullah kerana baginda mempunyai akhlak yang paling mulia. Antara kelebihan yang akan diperoleh oleh orang yang berhati suci ini ialah Allah akan mengurniakan petunjuk hidayah kepadanya. ia juga akan mendapat pimpinan dan bimbingan daripada Allah sehingga ia mendapat kemudahan dalam melakukan amal ibadat. Bersifat takut kepada Allah akan menjadikan seseorang itu sentiasa mentaati Allah dan akan mendapat rahmat daripada-Nya.


Qalbun Mayyit - Hati yang mati. Orang yang memiliki hati yang sebegini tidak akan mengenal penciptanya. Mereka tidak mahu menyembah Allah serta tidak akan dicintai Allah. Mereka ini juga tidak akan mendapat keredaan daripada Allah serta akan terlepas daripada rahmat Allah. Ketahuilah bahawa Nafsu dan syaitan akan sentiasa bekerjasama untuk merebut tempat di hati manusia. Jika hati sudah dikuasai, sudah ditawan dan ditakluki maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah dan Rasul-Nya tetapi akan mengikut apa sahaja kehendak nafsu dan syaitan. Dari itu, akan timbullah perbagai penyakit hati yang akhirnya akan menjauhkan golongan ini daripada Allah. Mereka ini hanya bertindak memikirkan kebahagiaan di dunia sahaja dan tidak sedar bahawa satu hari nanti mereka tidak terlepas dari dikembalikan kepada Sang Pencipta. Tandanya mudah sahaja. Golongan ini apabila diberikan nasihat, telinganya akan ditutup serta tidak mahu menghadiri majlis ilmu. Jadi? Adakah kita turut tergolong dalam kategori mereka yang memiliki hati jenis ini? Nauzubillah...minta dijauhkan sama sekali.


Qalbun Maridh - Hati Sakit. Golongan yang mempunyai hati jenis ini masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya sudah tersimpan benih- benih penyakit hati. Kadangkala mereka ini akan hidup sihat, tetapi ada ketikanya mereka lebih mengutamakan dunia, cintakan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki, takabbur, ujub dan riyak. Orang yang memiliki hati sebegini mempunyai pengaruh untuk mengikuti bisikan yang paling kuat. Jika dunia yang paling kuat, maka dia akan cenderung ke situ dan jika akhirat lebih diberatkannya maka ke sanalah dia turutinya. Walaubagaimanapun, golongan ini masih boleh dirawat dan diubati. Ini kerana hati mereka berada di peringkat pertengahan diantara suci dan hati yang mati. Jika hati mereka ini tidak dirawat dengan cepat, ianya akan membawa kepada matinya hati dan susah untuk dihidupkan kembali. 

Saidina Ali berpesan :
'Hati seorang mukimn itu bersih, terdapat padanya pelita yang bercahaya. Manakala, hati seorang kaffir itu hitam serta berpenyakit'.

Ingatlah kita bahawa hati yang berjaya diubati perlu disuburkan lagi dengan sifat-sifat mahmudah seperti sentiasa bertaubat, takut kepada Allah, zuhud, sabar, sentiasa bersyukur dengan nikmat dan pemberian-Nya, ikhlas, tawakal, berkasih sayang kerana-Nya, reda dan saling ingat mengingati antara satu sama lain. Teringat akan seni lirik sebuah nasyid yang menyuruh manusia menjaga hati yang diberi.

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya illahi

Bila hati kian bersih, pikiran pun kian jernih
Semangat hidup kan gigih, prestasi mudah diraih
Namun bila hati busuk, pikiran jahat merasuk
Ahlak kian terpuruk, jadi mahluk terkutuk

Bila hati kian suci, tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati, ciri mukmin sejati
Namun bila hati keruh, batin selalu gemuruh
Seakan dikejar musuh, dengan Allah kian jauh

Bila hati kian lapang, hidup sempit tetap senang
Walau kesulitan datang, dihadapi dengan tenang
Tapi bila hati sempit, segalanya makin rumit
Seakan hidup terhimpit, lahir batin terasa sakit

Friday, May 14, 2010

Asam Garam Kehidupan

Menu masakan hari ini agak istimewa.Ikan patin masak lemak tempoyak, sambal belacan, ikan goreng dan tak lupa juga ada sedikit ulam-ulaman. Cukup membuka selera. Terima kasih ibu atas hidangan yang sedap ini. Erm...tapi kenapa tiap masakan yang ibu sediakan mesti diletakkan rasa manis gula? Kenapa tidak dibiarkan saja rasa pedas, masam, masin, pahit dan sebagainya dengan sindiri untuk tujuan kekalkan keaslian rasa? Kenapa perlu dihujung rasa pedas,masin, masam dan pahit mesti terpalit rasa sedikit kemanisan? Persoalan ini sering saja berlegar diminda tatkala merasakan masakan ibu yang cukup rasanya.

Kesedapan makanan dapat kita rasa dengan lidah. Bagaimana pula dengan keasyikan rasa dalam meniti kehidupan? Pernahkah kita memikirkan tiap apa yang telah dan sedang berlaku pada diri? Pernahkah kita merenung sejenak mengapa diri kita sering dirundung rasa pahit, manis,duka,lara dan sebagainya dalam kehidupan? Bagaimana keadaan diri bilamana semua itu berlaku? Adakah kita akan melaluinya dengan matang atau terus terduduk kaku sambil melihatkannya berlalu dengan sendiri? Teringat kata - kata seorang teman.. 'Jangan kecewa dengan masalah hari ini sehingga terlupa akan kebahagiaan hari esoknya, kerana mungkin esok Allah menyediakan sebuah kebahagiaan untukmu sebagai hadiah untuk ketabahan hari ini'.
Sesungguhnya sesuatu perkara itu tidak akan berlaku dengan sia-sia. Pasti ada hikmah dan ketentuan disebalik semuanya.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Sebagai seorang yang beriman, kita hendaklah yakin bahawa segala kesusahan atau pun kesenangan yang Allah berikan semuanya adalah ujian terhadap hamba-Nya.Ujian yang Allah timpakan pada kita tidaklah diberikan oleh-Nya dengan sia-sia. Analoginya dapat kita kaitkan dengan keenakan rasa pada makanan yang telah ibu sediakan tadi. Walaupun pedas yang menyengat, kita tetap makan kerana kesedapan dan kemanisan rasanya dapat kita nikmati dhujung rasanya. Kemanisan dan pengalaman merasai keenakan itu tidak akan kita rasa jika tidak kita merasai kepedasan itu terlebih dahulu.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan sepenuhnya urusanku ini, kuserah pasrahkan bulat-bulat kepada Allah, sebab Ia Maha memperhatikan semua urusan hamba-Nya.” (Surah al-Mukmin, ayat 44)

Kita merancang. Allah juga merancang. Namun, sebaik - baik perancangan itu hanyalah datangnya dari  Allah. Oleh itu, kita tidak boleh bermain-main dalam hidup ini. Walaupun dalam Quran ada menyatakan dalam surah Muhammad, ayat 36 berkenaan kehidupan ini hanya sebagai permainan dan hiburan yang sia-sia, bukanlah bermakna kita tidak perlu serius dalam meniti kehidupan. Sebagaimana yang dikatakan oleh Rumi, main - main itu hanya ketika manusia belum sempurna akalnya. Namun, apabila manusia sudah dewasa dan akalnya sempurna, dia tidak boleh bermain-main lagi. Ia perlu berusaha mencapai tahap manusia sempurna dan tidak boleh puas dengan hanya segelas air. sedangkan masih banyak mutiara dan ratusan ribu barang berharga yang dapat diambil dari laut.  

Hargailah tiap apa yang telah Dia berikan pada kita sehingga ke hari ini

Wahai Tuhan,engkaulah yang mewarisi para makhluk,
campakkan cahaya namamu, al-Warits ke dalam kalbuku,
supaya aku dapat memandang segala sesuatu dan tunduk padamu,
dan aku dapat menuju ke hadiratmu..


Sunday, May 9, 2010

Buat Ibu ~Selamat Hari Ibu~

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu


Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.

Buat ibuku ~Khadijah Hj Iteh
Besar sungguh jasamu ibu..Aku tahu banyak kesusahan yang telah kau lalui untuk anakmu ini ibu. Banyak air mata yang telah kau bazirkan untuk anakmu ini ibu..Banyak wang ringgit dan masa telah kau gunakan untuk anakmu ini ibu..Aku benar-benar menghargai tiap apa yang telah engkau lakukan padaku sehingga ke hari ini ibu..Satu hari nanti, aku juga akan menjadi ibu sepertimu ibu..Ketahuilah, aku akan mencuba menjadi sepertimu ibu..Ibu yang tak mungkin ada penggantinya..Walaupun aku kadangkala tidak menunjukkan sayang dan kasihku pada mu Ibu, tetapi hakikatnya aku begitu sayang padamu ibu..Mudah-mudahan aku mampu menjadi anak seperti mana yang kau harapkan ibu..