Renungan kita Bersama

"Dan Kehidupan
dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu, sungguh
lebih baik bagi orang - orang yang bertakwa. tidakkah kamu
mengerti?"


Thursday, January 14, 2010

Kuasa seorang insan bergelar wanita



"Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia". Itulah pepatah yang hakikatnya semakin dapat kita lihat pada masa kini. Kejadian wanita itu sememangnya amat penting buat kaum adam yang buktinya dapat kita lihat sejak zaman 'umat terdahulu' lagi. Jika tidak, Allah tidak akan menjadikan Siti Hawa daripada tulang rusuk Nabi Adam untuk menemani dan memenuhi rasa kesunyiannya keseorangan di dalam syurga. kehadiran wanita begitu beerti buat mereka yang bergelar lelaki. sesungguhnya, tanpa kehadiran insan yang bergelar wanita tak akan lengkaplah hidup lelaki untuk bergelar suami, ayah, pemimpin dalam rumahtangga dan sunyi jugalah hidupnya tanpa senda gurau dari seorang wanita yang bergelar isteri.

Antara kita sedar atau tidak, golongan wanita ini banyak mempengaruhi kehidupan seorang lelaki. Kuasa yang dimiliki oleh wanita ini sememangnya dapat menjamin jatuh dan bangunnya kehidupan seseorang lelaki itu. Lihat saja kuasa yang dimainkan oleh golongan wanita satu masa lalu. Empayar gah negara yang dibina oleh lelaki dalam sekelip mata sahaja musnah akibat pujuk rayu seorang insan yang bergelar wanita. Nah, besar sungguh kesannya wanita pada lelaki.


'Disebalik kejayaan seorang lelaki, berdiriny seorang wanita'. Percaya atau tidak? Contoh terdekat yang boleh kita lihat ialah Nabi kita Nabi Muhammad saw. Di sebalik baginda, ada Siti Khadijah dan isteri-isteri baginda yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi pahit getir dalam perjuangan untuk menegakkan Agama Allah di muka bumi. Amat besar peranan dan kuasa yang boleh dimainkan wanita. Sabda rasullullah saw : wanita itu tiang negara, jika baik wanita di sesuatu negara, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya. sama-samalah kita fikirkan bersama. Sebagai seorang wanita, gunakanlah kuasa yang ada sebaiknya. Dan yang paling penting, bantulah golongan lelaki terutamanya dalam sama - sama memimpin dunia ini dan berjaya di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment