Renungan kita Bersama

"Dan Kehidupan
dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu, sungguh
lebih baik bagi orang - orang yang bertakwa. tidakkah kamu
mengerti?"


Sunday, January 17, 2010

Muhasabah diri


Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini.  kadang - kadang terfikir juga dibenak fikiran apa yang telah diri jalankan sepanjang hidup di dunia ini? Adakah segala amanah dan tanggungjawab yang telah diamanahkan telah diajalankan dengan sebaiknya dan diterima olehNya. Sudah agak lama rasanya diri ini tidak duduk berseorangan untuk bermuhasabah diri. Sementara masih sihat, masih mampu berdiri tegap dan mampu kesana kemari, apatah lagi mampu berfikiran waras serta dapat mengawal emosi yang seringkali berubah-ubah ibarat pantai yang ada pasang surutnya, bermuhasabahlah diri selalu.
Duniawi  penting, syurgawi lagilah penting. Keduanya patut diseimbangkan kerana ianya adalah tanggungjawab kita sebagai manusia yang dimuliakan. Sementara nyawa dikandung badan lakukanlah yang terbaik. semua yang berlaku dalam tempoh hidup kita yakin dan percayalah Allah telah mengaturkannya sebaik mugkin. Sesungguhnya Allah lah yang terbaik dalam mencaturkan kehidupan umat-Nya.


Semakin hari semakin tenang, dan semakin hari semakin banyak ujian yang mendatang. ujian yang mendatang ini ternyata banyak mengajar diri supaya lebih tabah dan sentiasa bersedia menerima walau dalam apa bentuk sekalipun. Nikmat dari-NYA semakin terasa nyata. kehadiran sahabat - sahabat banyak membantuku. jatuh bangunku kini bersama sahabat-sabahat. mudah-mudahan persahabatan kita ini berkekalan kerana-Nya.
Apa pun, ingatlah 'diri'. letakkan kebergantunganmu pada yang Hakiki. kerana Dialah yang lebih memahami diri mu. Kebergantungan sepenuh hati kepada-Nya akan memudahkan perjalanan hidup kita di muka bumi ini. Terutama sekali bagi para da’ei yang sememangnya mempunyai 1001 cabaran , dugaan dan mehnah dalam menyampaikan agama Allah yang dibawa oleh Rasulullah. jangan kita lupa akan 3 tahap dalam mencapai kebergantungan diri sepenuhnya kepada Allah iaitu sabar , ikhlas dan yakin dengan pertolongannya. dan ingatlah 'diri' untuk sentiasa berdoa pad-Nya kerana Doa itu senjata orang mukmin



Doa Dipermudahkan Urusan

اللّهُمَّ لا سَهْلا إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلا وَأَنْتَ
تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِيئْتَ سَهْلا

“Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya mudah. Dan Engkau dapat jadikan susah itu mudah, apabila Engkau menghendakinya”


Doa Jika Ditimpa Musibah @ Ujian

Ya Allah, jangan Engkau hukum kami andai kami lupa atau tersalah. Ya Allah janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang-orang sebelum kami. Ya Allah, janganlah Engkau pikulkan kami dengan apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir
( Surah Al-Baqarah : 286

No comments:

Post a Comment