Renungan kita Bersama

"Dan Kehidupan
dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu, sungguh
lebih baik bagi orang - orang yang bertakwa. tidakkah kamu
mengerti?"


Saturday, January 23, 2010

Peringatan Untuk Diri


Cantik! cantik sungguh alam yang dicipta-Nya. Masihkah ada hari esok untuk aku terus merasai dan menikmati keindahan yang telah kau berikan ini Ya Allah? Adakah aku cukup bersedia untuk bertemu dengan mu Ya Allah? Kerdil, lemah dan hina ku rasakan diri ini ya Allah..



Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.


“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari


Zina bermaharajalela
“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”


Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik


Bermaharajalela alat muzik


“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”




Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.


Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”


Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan


Ramai orang soleh meninggal dunia
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”


Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”


Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”


Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”



Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”


Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”


Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”


Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim


Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”


Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”


Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.


Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.


Orang akan melakukan homoseksual.



Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)


Berkurangnya sifat amanah


Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)


Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya


Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya


Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid


Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik


Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya


“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”




“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”

27 November 2009 Jumaat Hari Raya Aidil Adha

18 Desember 2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah

25 Desember 2009 Jumaat Krismas

01 Januari 2010 Jumaat Tahun Baru Masihi

26 Febuari 2010 Jumaat Maulid NABI

02 April 2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus

28 Jun 2010 Jumaat Wesak

05 September 2010 Jumaat Deepavali

10 September 2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri

01 Januari 2010 Jumaat Gerhana Bulan

15 Januari 2010 Jumaat Gerhana Matahari

Semuanya berlaku pada hari Jumaat. Nabi pernah bersabda bahawa kiamat itu akan berlaku pada hari Jumaat. Peringatan demi peringatan telah kau tunjukkan Ya Allah. Gementar seluruh kudrat yang ada tatkala melihat apa yang telah berlaku kini Ya Allah.


 Ku mohon Ya Allah mudah-mudahan diampunkan dosa diri ini, dosa kedua ibu bapaku, dosa ahli keluargaku, dosa sahabat - sahabatku, dosa guru-guruku serta  dosa seluruh umat islam samada yang masih hidup atau yang telah meniggal dunia. Mudah-mudahan   kami semua ditempatkan Mu bersama orang - orang yang  beriman pada-Mu Ya Allah. Redhakan lah islam sebagai agama kami Ya Allah...

1 comment:

  1. kita hidup sudah di akhir zaman..sama-samalah mengingati diri daripada hanyut di lembah dunia yang fana ini..k.atun,muka budak pompuan yg bertudung ni sebijik cam adik saya

    ReplyDelete