Renungan kita Bersama

"Dan Kehidupan
dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu, sungguh
lebih baik bagi orang - orang yang bertakwa. tidakkah kamu
mengerti?"


Thursday, January 14, 2010

Semakin Aku Berfikir Allah Semakin Ada



Tajuk : Semakin Aku Berfikir Allah Semakin Ada
Penulis : Lalu Mohammad Zaenudin
Diterbitkan oleh : Global Aksara Communication
Halaman : 216 muka surat

‘Semakin aku berfikir Allah semakin ada’ ialah sebuah novel Islamic yang bertindak sebagai inspirasi bagi mereka yang mencari jawapan tentang hakikat kewujudan Tuhan yang mencipta seluruh alam yang nyata. Novel ini sedikit sebanyak mendedahkan pembaca mengenai reality masyarakat saudara seiman kita yang terjerumus ke jurang kesesatan tatkala mencari Hidayah – Nya. Saya tertarik untuk mengulas buku ini kerana saya yakin dan percaya ramai di antara kita yang gemar membaca novel samada novel cinta, thriller dan sebagainya. Namun, berbeza dengan novel – novel yang lain, novel ini mempunyai kelainannya tersendiri. Novel ini bukanlah hanya menceritakan mengenai watak – watak tertentu di dalamnya, tetapi sedikit sebanyak mampu membawa si pembacanya untuk berfikir dan merenung sejauhmana dirinya betul – betul faham akan Islam sebagai cara hidup dan percaya akan kewujudan Tuhan yang mengawal seluruh alam ini.
Novel ini menceritakan mengenai seorang anak muda remaja yang semakin hari semakin taksub dalam mendalami wacana – wacana falsafah sehingga mengakibatkan dirinya yang dahulunya begitu taat dan patuh kepada agama berubah kepada sebaliknya dan terjerumus ke lembah maksiat. Novel Semakin aku berfikir Allah semakin ada ini merungkai mengenai kisah hidup anak muda remaja,Rayyan seorang penuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi yang semakin hari merasakan Tuhan itu tidak pernah wujud dan kehidupannya tidak memerlukan Tuhan sebagai penolong dalam segala hal. Bagi anak muda ini kepercayaan pada Tuhan hanyalah kepercayaan yang merugikan malah dianggap tidak boleh diterima oleh fikiran secara rasionalnya. Dalam mencari ketenangan hidup, Rayyan diuji dengan hadirnya sebuah perasaan cintakan makhluk sehingga dia benar – benar menjadi si pemuja makhluk yang ternyata tidak membawa makna dan sia-sia. Akhirnya segala kedukaan dan kecelaruan di dalam hidup anak muda itu terjawab tatkala Allah mempertemukannya dengan jalan-Nya yang sebenar. ‘Itulah hakikatnya, semakin aku memikirkan hakikat Allah, Allah semakin dekat dalam hatiku. Allah tak akan dapat dinafikan oleh falsafah dan logic apa pun yang selama ini aku agungkan. Sesungguhnya Allah telah sematkan dalam hati setiap manusia dan menghadirkan ketenteraman jiwa yang sangat bening. Sesungguhnya solatku, ibadahku dan matiku hanya untukmu’.

No comments:

Post a Comment