Renungan kita Bersama

"Dan Kehidupan
dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan akhirat itu, sungguh
lebih baik bagi orang - orang yang bertakwa. tidakkah kamu
mengerti?"


Saturday, January 23, 2010

Tanggungjawab Bersama



Bersediakah kita semua untuk berhadapan dengan pilihan raya kampus tidak lama lagi? Pastikan kita semua tidak terlepas untuk turut serta mengundi kerana undian kita mempengaruhi keputusan dalam memilih pemimpin yang akan datang. Pilihlah pemimpin yang selayak-layaknya.

'Pemimpin yang berjaya sudah semestinya memiliki ciri-ciri yang istimewa. Mereka ini mampu berfikir dari setiap segi dan bersikap positif. Sewaktu berhadapan dengan sesuatu masalah, pemimpin dapat menggunakan kemahirannya untuk mengatasi rintangan. Seorang pemimpin yang berkaliber tidak akan ditumpaskan oleh masalah yang melanda. Sebaliknya, beliau akan mencari cara dan jalan untuk kembali ke tangga kejayaan'.

Pemimpin yang sukakan cabaran adalah seorang ‘pejuang’ yang akan berjuang demi mencapai matlamat yang diharapkan.  Matlamat yang sebaiknya bukanlah disandarkan kepada dunia semata-mata tetapi lebih mengharapkan keredhaan dari Allah yang Maha Esa. Seorang pemimpin akan mencabar diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih baik. Pemimpin yang baik juga akan  sentiasa mencari jalan untuk mempertingkatkan diri sendiri.



Apa pun matlamat yang diletakkan, pastikan ianya selaras dengan apa yang telah digariskan kerana kita semua akan bertanggungjawab dengan apa yang telah dipertanggungjawabkan.  Ingatlah : 'Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan bertanggungjawab dengan pimpinannya."
(Muttafaqun 'Alaih)

No comments:

Post a Comment